Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Angry Birds 2 Bakal Dilancarkan Pada 30 Julai Ini

Rovio telah memperkenalkan Angry Birds pada Disember 2009 yang lepas, dimana ketika itu ia merupakan salah satu permainan pada peranti mudah-alih yang popular, malah ada yang membeli peranti dan bertanya akan sama ada peranti mereka menyokong permainan Angry Birds ataupun sebaliknya.

Angry Birds 2

Sejak daripada itu, permainan Angry Birds telah dimuat-turun lebih 3 bilion kali, malah pihak Rovio sendiri hadir dengan beberapa variasi permainan Angry Birds – serta versi khusus bersempena beberapa filem.

Terkini, Rovio dilihat melangkah setapak kehadapan, dan bakal melancarkan Angry Birds 2 pada 30 Julai kelak. Apakah yang akan ditawarkan masih belum diketahui lagi. Namun, Rovio mengatakan mereka akan membawakan kejutan, dan Angry Birds 2 bakal diterbitkan pada 30 Julai pada pelbagai kedai-aplikasi seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Angry Birds 2 Bakal Dilancarkan Pada 30 Julai Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info