YouTube telah memperlihatkan fokus mereka terhadap arena permainan sebelum ini dengan memperkenalkan YouTube Gaming. Disamping hanya penawaran tersebut, YouTube juga dilihat akan membawakan satu lagi fungsi baru yang membolehkan pengguna strim permainan daripada peranti Android ke YouTube tidak lama lagi.
YouTube yang dimiliki Google ini masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan pengenalan fungsi baru ini. Seperti ramai sedia maklum, kini terdapat beberapa kaedah untuk strim permainan komputer terus ke laman seperti Twitch, tetapi untuk permainan dari peranti mudah-alih ia masih tidak meluas (walaupun terdapat beberapa aplikasi yang menyokongnya). Buat masa ini, YouTube masih tidak berkongsi berkenaan apakah resolusi peranti yang akan menyokong penstriman, dan beberapa maklumat teknikal disebaliknya.
YouTube juga turut mengatakan YouTube Gaming akan hadir ke pasaran Jepun – dan dengan fokus terhadap penstriman dari peranti mudah-alih ini, ia dilihat akan menepati budaya di Jepun yang memfokuskan bukan sahaja pada permainan konsol, tetapi juga pada permainan peranti mudah-alih.
Ia tidak diketahui lagi berapa lama YouTube akan ambil masa sebelum YouTube Gaming diperkenalkan untuk seluruh dunia – termasuk Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Akan Menyokong Penstriman Permainan Android Tidak Lama Lagi"