Intel sebelum ini telah memperlihatkan fokus mereka kepada arena robotik dan peralatan elektronik yang membantu manusia. Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Intel membuat pelaburan pada syarikat dron, dan hari ini, mereka membuat pelaburan pada beberapa syarikat teknologi – termasuk salah satunya adalah Ninebot.
Ninebot merupakan syarikat yang telah mengambil-alih Segway pada awal tahun ini. Mereka memfokuskan kepada penawaran pengangkutan peribadi, dan dengan pengambil-alihan Segway sebelum ini, mereka kini mempunyai pegangan pasaran sekitar 60%. Ninebot sebelum ini turut telah menerima pelaburan daripada pihak Xiaomi.
Disamping itu, Intel juga turut membuat pelaburan pada PraFly (memfokuskan kepada sistem kawalan robotik), Telink (pembangun cip dengan penghantaran gelombang radio pada kuasa rendah), Hampoo (syarikat yang mengeluarkan komponen untuk peranti pintar), serta beberapa syarikat lain.
Intel dikatakan telah membuat pelaburan sebanyak sehingga $67 juta dalam lapan syarikat berbeza untuk pelaburan baru ini. Intel tidak berkongsi berkenaan berapakah nilai pelaburan yang dilakukan oleh mereka pada setiap syarikat.
Pelaburan ini selain menambah portfolio pihak Intel dalam arena robotik dan teknologi, ia juga turut membantu teknologi dan inovasi dari China terus berkembang dengan positif.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Membuat Pelaburan Pada Ninebot – Pemilik Segway"