Sembang Maniac

Sembang-sembang je

The Climate Portal – Membolehkan Anda Merasai Cuaca Sebelum Tiba Di Tempat Yang Ingin Dilawati

Sebelum melawat ke sesebuah tempat biasanya kita akan melakukan carian Google tentang keadaan cuaca tempat tersebut. Sebelum kami ke MWC Barcelona tempohari contohnya kami melakukan carian cuaca selama seminggu bagi mengetahui adakah kami perlu membawa banyak baju sejuk. Tetapi dari pengalaman peribadi melihat ramalan cuaca sahaja tidak cukup untuk kita mengagak betapa sejuknya sesuatu tempat. Suhu 15 darjah Celsius di London berbeza dengan 15 darjah Celsius di Barcelona. Di England ini masih boleh membekukan tulang belulang kerana matahari yang kerap menyorok di sebalik awam tidak seperti di Sepanyol.

Calimate Room 2

The Climate Portal ialah bilik yang membolehkan anda merasai keadaan cuaca destinasi yang akan dilawati. Ianya diletakkan di lapangan terbang Arlanda,Sweden. Data langsung dari beberapa destinasi dunia disimpan di dalam Climate Portal. Pengunjung hanya perlu memilih destinasi yang boleh dilawati dari lapangan terbang Arlanda ini dan kemudian memasuki bilik khas untuk merasakan simulasi cuaca di sana. Bilik ini dilengkapi alat pengejuk dan pemanas ini kemudian akan mewujudkan cuaca mikro yang serupa dengan destinasi yang dipilih tadi.

Ini pada hemat kami akan membantu penumpang memilih apa yang perlu dipakai sebelum memasuki pesawat. Tidak akan berlaku lagi situasi di mana apabila mendarat cuaca terlalu sejuk tetapi jaket tebal tertinggal di dalam beg yang dimasukkan ke dalam ruangan kargo. Anda terpaksa menahan sejuk untuk tempoh yang lama sementara dapat mengambil jaket dari tempat pengambilan beg. Jika anda pernah mengalami situasi ini anda pastinya tahu ianya bukan pengalaman yang menyeronokkan.

Calimate Room 1

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Climate Portal – Membolehkan Anda Merasai Cuaca Sebelum Tiba Di Tempat Yang Ingin Dilawati"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info