Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Thailand Melancarkan Aplikasi Khusus Untuk Pelancong Dan Pengunjung Beragama Islam

Pihak berkuasa di Thailand sedia menawarkan sejumlah aplikasi memfokuskan kepada para pelancong, dan terkini mereka turut melancarkan sebuah aplikasi khusus yang ditujukan kepada pelancong dan pengunjung yang beragama Islam. Aplikasi yang dinamakan sebagai Thailand Muslim Friendly ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Thailand Muslim Friendly

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh membuat semakan tempat makan halal yang berada di sekitar mereka, ataupun yang popular dikalangan penduduk tempatan. Disamping itu, pengguna juga turut boleh membuat carian masjid berdekatan ketika berada di Thailand. Aplikasi ini diintegrasikan bersama Google Maps, dimana setiap carian lokasi akan dibuka arah perjalanan dan navigasinya menggunakan Google Maps.

Buat masa ini, aplikasi Thailand Muslim Friendly ini ditawarkan dalam pilihan bahasa Inggeris dan Thai sahaja. Mereka dijangka menambah sokongan bahasa Arab dan Indonesia tidak lama lagi.

Bagi anda yang sering berkunjung ke Thailand, atau ada hasrat untuk pergi melancong atau bercuti di Thailand, mungkin boleh menggunakan aplikasi ini dalam memudahkan perancangan percutian dan perjalanan anda.

Thailand Muslim Friendly



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Thailand Melancarkan Aplikasi Khusus Untuk Pelancong Dan Pengunjung Beragama Islam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info