Google On Tap ialah fungsi menarik yang bakal hadir dengan Android M. Melalui On Tap peranti pintar anda akan dapat melakukan carian pintar pada mana-mana aplikasi yang anda gunakan dan kemudian menunjukkan maklumat yang mungkin anda perlukan. Fungsi ini nampaknya sudah mula wujud pada Chrome untuk peranti Android dan diberi nama lain tap to search.
Kemas kini terkini Chrome pada 4 Jun yang lalu akan mengaktifkan fungsi ini. Anda hanya perlu menekan perkataan ingin anda cari maklumatnya dan sebuah talam dengan logo Google akan muncul pada bawah skrin. Jika talam ini ditatal ke atas carian yang berkaitan dengan ayat yang akan tekan tadi akan disenaraikan dengan pantas. Antara maklumat yang dipaparkan ialah laman Wikipedia, Facebook dan Twitter individu yang berkaitan. Fungsi baru amat menyenangkan carian pada Chrome Android. Sebelum ini perkataan perlu ditekan dalam pelayar dan kemudian butang Search perlu ditekan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan langkah yang perlu dilakukan bagi mencari maklumat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tap To Search : Fungsi Seakan Google On Tap Kini Boleh Digunakan Pada Chrome Android"