Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Store Pertama Di Rantau Asia Pasifik Bakal Dibuka Di KLCC Pada Minggu Hadapan

Di beberapa buah negara barat, pihak Microsoft menyediakan kedai rasmi mereka dinamakan sebagai Microsoft Store, yang mana direkabentuk khusus dan mempamerkan pelbagai produk Microsoft – terutamanya Surface dan juga telefon pintar Lumia. Kini, untuk rantau Asia Pasifik, Microsoft bakal membuka Microsoft Store pertama mereka, dan menariknya Malaysia menjadi destinasi utama pilihan gergasi daripada Redmond berkenaan.

Microsoft Store Malaysia

Di Malaysia, lokasi Microsoft Store pertama akan terletak di KLCC, dimana kedai Nokia Store yang lama diubah-suai menjadi Microsoft Store. Microsoft Malaysia menyasarkan untuk melancarkannya secara rasmi pada 9 September ini.

Dengan pengenalan Microsoft Store pertama di Asia Pasifik ini, kami berharap pihak Microsoft akan menyediakan beberapa kejutan untuk pengguna tempatan. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada acara pelancaran Microsoft Store ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Store Pertama Di Rantau Asia Pasifik Bakal Dibuka Di KLCC Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info