Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SmatcChutes : Sistem Payung Terjun Kecemasan Untuk Dron

smartchutes-1Peminat dron semakin banyak di Malaysia sehingga menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila seorang penggemar dron menerbangkannya berhampiran KLIA. Anda tidak memerlukan lesen untuk menerbangkan dron tetapi anda memerlukan dompet yang tebat untuk membelinya. Harga dron bermula dari RM 2000 dan boleh meningkat kepada RM5000 bergantung kepada kualitinya. Oleh sebab itu dron ialah pembelian yang anda mahu pastikan dijaga dengan rapi supaya tidak rosak.

Perkara yang paling ditakuti pemilik dron ialah pesawat mereka terhempas ketika operasi. Ketika mengulas Ghost Dron Aerial tempohari, dron yang kami ulas terhempas mengakibatkan kerosakan pada kipas. Harga menggantikan bahagian yang rosak adalah agak mahal. Jadi sistem payung terjun SmartChutes adalah rekaan yang akan memastikan dron anda tidak akan terhempas sehingga rosak.

Payung terjun SmartChutes boleh dibuka dalam masa 0.3 saat. Pengguna boleh membuka payung terjun secara manual ataupun membuka secara automatik apabila ia mengesan kipas tidak berfungsi ketika terbang. Smartchutes sedang mengumpul dana dan boleh anda miliki pada harga $160. Sebuh pelaburan mampu milik bagi memastikan dron anda yang mahal tidak mengalami kerosakan yang teruk apabila gagal berfungsi.

Smartchutes-2

 

 

 

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SmatcChutes : Sistem Payung Terjun Kecemasan Untuk Dron"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info