Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Senarai Peranti Yang Disokong Pip-Boy Sebenar Edisi Terhad Fallout 4 Diumumkan

Pip-Boy sebenar edisi terhad ialah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang membeli Fallout 4 edisi khas yang akan tiba Oktober ini. Bagi mereka yang mahu memilikinya, senarai peranti yang disokong akhirnya diumumkan oleh Bathesda hari ini. Peranti yang disokong ialah iPhone 6, 5S, 5, 4, 4S, Samsung Galaxy S5 dan S4. Sekiranya peranti anda tidak tersenarai jangan risau. Bathesda akan menyediakan busa tambahan yang boleh dijadikan penyesuai untuk memastikan peranti anda boleh dimuatkan ke dalam Pip-Boy sebenar ini. Harus diingatkan hanya peranti dengan skrin 3.5″ hingga 5.1″ boleh dimuatkan kedalam Pip Boy.

Fallout4_PIPBoy_Edition_Content11-1024x647

Pada waktu yang sama Bathesda turut mengumumkan selepas kesemua edisi terhad Fallout 4 dengan Pip-Boy ini habis dijual ia tidak akan dihasilkan lagi di masa hadapan. Di Amerika Syarikat kesemua slot tempahan sudah habis dijual. Di Malaysia kami sempat menanyakan beberapa kedia permainan video dan tidak ada satupun yang kami temui berkata mereka akan menjual Fallout 4 edisi Pip-Boy. Sebagai salah seorang peminat tegar Fallout yang mahukan Pip Boy kami terasa sedikit kecewa. Bagaimana pula dengan anda? Tahu dimanakah edisi terhad Pip Boy terjual di Malaysia? Kongsikannya di ruangan komen.

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Senarai Peranti Yang Disokong Pip-Boy Sebenar Edisi Terhad Fallout 4 Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info