Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Monitor Desktop Dengan Skrin Melengkung Di Malaysia – Bermula RM999

Samsung Malaysia telah memperkenalkan televisyen dengan skrin melengkung beberapa bulan lepas, dan hari ini, mereka turut memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan monitor desktop dengan rekaan skrin melengkung. Samsung menawarkan beberapa variasi monitor, bermula daripada 24-inci sehingga 34-inci.

Samsung melengkapkan monitor skrin melengkung mereka ini dengan teknologi panel VA (Vertical Alignment) untuk menawarkan paparan visual yang sangat baik, termasuk dari segi kawalan backlight, kadar contrast, serta kadar segar-semula skrin 60Hz.

Samsung Curved Monitor

Samsung Curved Monitor

Dua monitor dengan skrin melengkung yang membawakan ciri-ciri premium adalah pada saiz 34-inci (Curved Monitor SE790C) dan juga 32-inci (Curved Monitor SE590C). Versi 34-inci hadir dengan paparan resolusi 3440×1440 pixel (21:9), sementara versi 32-inci hadir dengan paparan HD penuh pada kadar 16:9. Penawaran audio juga adalah berbeza untuk kedua-duanya, dimana versi 34-inci menawarkan speaker terbina 7W Stereo, sementara 32-inci hanya hadir dengan speaker stereo 5W.

Versi 34-inci juga turut hadir dengan beberapa ciri-ciri eksklusif, termasuk kebolehan untuk membahagikan skrin kepada dua dengan menggunakan dua input secara bersebelahan.

Selain versi premium tersebut, pihak Samsung turut menawarkan dua lagi versi Samsung Curved Monitor, iaitu pada saiz skrin 27-inci dan juga 24-inci – dimana masing-masing berharga RM1299 dan juga RM999. Kedua-duanya hadir dengan kadar nisbah 16:9, serta paparan resolusi HD penuh melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Monitor Desktop Dengan Skrin Melengkung Di Malaysia – Bermula RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info