Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memperkenalkan ResearchKit – Membolehkan Pengguna iPhone Menyumbang Dalam Penyelidikan Perubatan

Apple hari ini memulakan acara media mereka dengan berkongsi beberapa statistik dan mengatakan sebanyak lebih 700 juta iPhone telah terjual sehingga kini. Dengan sejumlah besar iPhone yang kini digunakan pengguna, mereka turut mengumumkan ResearchKit yang membolehkan para pengguna turut menyumbang dalam penyelidikan perubatan yang dilakukan oleh pelbagai universiti terkemuka.


Menurut Apple, pengguna boleh mendaftarkan minat untuk menyertai penyelidikan dan menggunakan iPhone mereka dalam membuat beberapa diagnostik.


Apple Research Kit


Apple Research Kit


Apple mengatakan mereka akan mengeluarkan ResearchKit ini dalam bentuk sumber terbuka, dan turut berkongsi beberapa contoh aplikasi yang boleh disertai oleh pengguna. Sebagai contoh, untuk ujian parkinson, pengguna boleh melakukan ujian tap ataupun suara menggunakan arahan yang disediakan oleh aplikasi berkenaan.


Apple Research Kit


Apple Research Kit


Apple Research Kit


Apple Research Kit






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan ResearchKit – Membolehkan Pengguna iPhone Menyumbang Dalam Penyelidikan Perubatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info