Pada minggu ini, acara Computex 2015 mencuri perhatian ramai, dimana sejumlah produk baru telah dilancarkan. Antaranya adalah produk daripada Asus yang meliputi tablet terbaru mereka dibawah keluarga ZenPad, jam tangan pintar ZenWatch 2, selain beberapa komputer terbaru dengan spesifikasi dan penawaran Windows 10.
Selain daripada Asus, Intel turut memperkenalkan beberapa perkara baru pada Computex 2015, termasuk salah satunya adalah teknologi Thunderbolt 3 yang kini hadir dengan rekaan berasaskan USB Type-C, selain kekal menawarkan kadar pemindahan data yang tinggi.
Di Malaysia, salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai adalah pengenalan pakej baru daripada Celcom, iaitu pakej prabayar yang dikenali dengan nama MagicSIM. Melaluinya, Celcom menawarkan akses internet asas pada kelajuan 64kbps secara percuma.
Huawei turut memperkenalkan beberapa perkara baru untuk pasaran tempatan pada minggu ini, dimana antaranya adalah Huawei P8, Huawei P8 Lite dan juga Huawei Talkband B2. Kesemuanya akan dipasarkan di Malaysia bermula bulan Jun ini.
Gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat, iaitu Microsoft telah mengumumkan pada minggu ini yang mana mereka akan mula menawarkan Windows 10 kepada para pengguna bermula 29 Julai, dan telah mula memaparkan notifikasi kepada para pengguna berkenaan kemaskini yang bakal hadir tidak lama lagi ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Computex 2015, Huawei P8, Celcom MagicSim"