Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Merlin Membolehkan Anda Memuat-Naik Gambar Burung Dan Mengenal-Pasti Nama Burung Berkenaan

Terdapat ratusan jenis burung berbeza di dunia pada hari ini, dan mungkin terdapat masanya anda menjumpai sesuatu jenis burung baru dan ingin mengetahui nama keluarga burung berkenaan. Untuk tujuan berkenaan, kini sebuah projek yang dibangunkan dengan kerjasama Cornell University adalah Merlin Bird Photo ID.

Melalui laman Merlin ini, ia menyokong untuk mengenal-pasti sejumlah burung di dunia – terutamanya yang ditemui di Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Untuk mengenal-pasti seekor jenis burung berkenaan, Merlin akan meminta pengguna untuk memuat-naik gambar, dan kemudian memilih lokasi burung berkenaan, selain menandakan mata, ekor dan juga paruh burung berkenaan.

Selepas itu, ia akan mengambil beberapa saat untuk membuat pengecaman jenis burung berkenaan berdasarkan algoritma yang disediakan pada laman berkenaan.

Merlin

Daripada percubaan kami, beberapa kali ia menghasilkan jawapan yang tepat, dan ada sesetengahnya ia memaparkan beberapa pilihan jawapan berbeza. Setiap pilihan jawapan juga hadir dengan lebih paparan gambar burung untuk memastikan apa yang anda cari adalah tepat.

Bagi anda yang meminati burung, mungkin boleh menggunakan laman ini dalam mengenali jenis keluarga burung berkenaan, dan mempelajari lebih mendalam mengenainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Merlin Membolehkan Anda Memuat-Naik Gambar Burung Dan Mengenal-Pasti Nama Burung Berkenaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info