Microsoft pada tahun ini masih tidak memperkenalkan sebarang telefon pintar flagship lagi, dan dilihat mungkin memperkenalkannya bersama-sama pengumuman Windows 10 kelak. Daripada pelbagai desas-desus yang kedengaran di arena web, Microsoft dikatakan akan hadir dengan beberapa peranti flagship, dan salah satunya adalah Lumia 940 dan Lumia 940XL.
Mengikut desas-desus yang hadir pada minggu ini, Microsoft dilihat bakal menyertakan sokongan pengimbas mata terus pada peranti ini kelak – menggantikan penggunaan pengimbas cap jari yang popular pada sejumlah peranti pada hari ini. Bercakap mengenai pengimbas mata, ia bukan sesuatu yang baru, malah telah diintegrasikan pada beberapa peranti sebelum ini. Tetapi ia masih tidak dipasarkan secara meluas dan mungkin Microsoft dapat mengubahnya.
Disamping pengenalannya, satu lagi peranti yang dinantikan ramai daripada Microsoft adalah telefon pintar Windows 10 yang turut hadir dengan sokongan Continuum – membolehkan ia dihubungkan ke skrin televisyen atau monitor dan mengubahnya ia menjadi komputer penuh.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai apakah penawaran Microsoft kelak untuk peranti dibawah keluarga Lumia dengan hadirnya bulan Julai kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Lumia 940 XL Bakal Hadir Dengan Pengimbas Mata"