Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Memperkenalkan Matebook X Pro – Komputer Riba Dengan Skrin Nirbingkai

Huawei hari ini telah mengambil pentas utama bersempena dengan MWC 2018, sekaligus memperkenalkan komputer riba terbaru mereka, dinamakan sebagai MateBook X Pro.

Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro ini hadir dengan skrin bersaiz 13.9-inci, dan menariknya menawarkan skrin sentuh dengan rekaan nirbingkai. Huawei mengatakan ia membawakan peratusan keluasan skrin 91% berbanding bingkai.

Memfokuskan kepada skrin, MateBook X Pro menawarkan resolusi 3000×2000 pixel, serta kadar pewarnaan 100% sRGB. Huawei mengatakan mereka menggunakan panel sentuh LTPS untuk penjimatan tenaga bersama-sama komputer riba ini.

Sedang dikemaskini…



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Memperkenalkan Matebook X Pro – Komputer Riba Dengan Skrin Nirbingkai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info