Bagi para peminat filem Back to the Future, salah satu perkara yang diperlihatkan pada filem berkenaan dan ramai yang inginkannya adalah Hoverboard – iaitu salah satu papan luncur yang terapung di udara. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa syarikat membangunkannya, dan kini Lexus turut memperlihatkan projek prototaip mereka.
Lexus merupakan syarikat pengeluar kenderaan mewah yang dimiliki oleh Toyota, dan mereka menjalankan kempen untuk hadir dengan beberapa projek prototaip menarik akhir-akhir ini.
Melalui video baru yang diterbitkan, mereka memperlihatkan hoverboard mereka tersendiri, dan memanggilnya sebagai SLIDE. Menurut Lexus, ia menggunakan magnetic levitation untuk membolehkan ia terapung dan berjalan tanpa daya geseran. Disamping itu, Lexus turut mengabungkan liquid nitrogen cooled superconductor dan juga magnet untuk menjayakan perkara ini.
Menurut Engadget, bahagian bawah (di tanah) turut dilengkapi dengan logam khusus untuk membolehkannya terapung – sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh meluncur diatas sebarang permukaan seperti yang diinginkan.
Pihak Lexus dijangka akan berkongsi lanjut mengenai projek SLIDE mereka ini dalam minggu-minggu akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lexus Memperlihatkan Hoverboard – Papan Luncur Terapung"