Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Kepantasan Sistem Imbasan Mata Samsung Galaxy Note 7 Tertiris

Samsung Galaxy Note 7 akan dilancarkan pada 2 Ogos hadapan. Rekaan serta spesifikasi phablet ini sudah tertiris lebih awal sehingga tidak banyak misteri mengenainya perlu dirungkai. Antara fungsi menarik yang disertakan oleh Samsung kali ini ialah sistem imbasan mata untuk menyahkunci peranti. Minggu lalu antramukanya tertiris dan pagi ini video bagaimana ia berfungsi pula menyusul.

Video pendek ini jelas menunjukkan kepantasan sistem imbasan mata yang digunakan. Secara harfiah peranti dinyahkunci sepantas kerdipan mata. Selain video antaramuka lain juga tertiris yang menegaskan sistem ini tidak disarankan digunakan dengan cermin mata dan kanta lekap. Adakah ini bermakna pengguna cermin mata seperti saya akan mengalami kesukaran? Jawapan kepada persoalan ini hanya akan diketahui apabila kami melakukan pandang pertamanya kelak. Teruskan bersama Amanz untuk maklumat terkini peranti ini.

Galaxy-NOte-7-imbasan-mata-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video Kepantasan Sistem Imbasan Mata Samsung Galaxy Note 7 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info