Kemampuan kad grafik di pasaran sekarang amat mengagumkan. Nvidia Geforce 1080 yang baru memasuki pasaran Malaysia dengan mudah memintas kad grafik terbaik Titan X yang mereka hasilkan tahun lalu. Versi terkini Nvidia Titan X baru sahaja diumumkan dan ia mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding Geforce 1080.
Pertama sekali ia dilengkapi cip Pascal dengan 3584 teras CUDA pada kelajuan 1.54 GHz dan RAM sebesar 12 Gigabyte GDDR5X. Kemampuan memproses mencecah 11 Teraflops. Sebagai perbandingan GeForce 1080 dilengkapi cip Pascal 2560 teras CUDA pada kelajuan 1.6 Ghz dan RAM sebesar 8 Gigabyte GDDR5X. Kemampuan memproses pula ialah 9 Teraflops. Nvidia Titan X terbaru ini akan mula dijual 2 Ogos hadapan di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah pada harag $1200 (~RM 4882) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nvidia Titan X Baru Diumumkan – 12 GB DDR5X Dan Kemampuan 11 Teraflops"