Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P8 Dilancarkan – Ke Malaysia Pada 18 Jun, Dilengkapi Khidmat Pelanggan Khusus – Huawei P8 VIP

Huawei hari ini melalui acara khusus bersempena CommunicAsia 2015 turut mengumumkan secara rasminya pelancaran Huawei P8 untuk pasaran tempatan. Seperti dimaklumkan sebelum ini, ia berharga RM1799 untuk versi 16GB, dan bakal ditawarkan di Malaysia bermula 18 Jun kelak.

huawei P8

Huawei P8 hadir daripada siri peranti P – yang mana memfokuskan kepada rekaan premium serta berasaskan kepada unibody logam. Peranti bersaiz 5.2-inci ini turut dilengkapi cip pemprosesan tersendiri Huawei, iaitu Kirin 930.

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8

Selain rekaan yang menarik, Huawei turut menekankan kepada sokongan kamera belakangnya, dimana melalui sensor 13-megapixel, Huawei menyertakan fungsi OIS, serta menggunakan pemproses khusus untuk pengimejan. Ini membolehkan mereka menghasilkan gambar dengan lebih baik, termasuk pada beberapa mod khusus termasuk seperti light-trail, time-lapse dan sebagainya.

Huawei turut menyertakan Director Mode untuk rakaman pelbagai sudut dengan menghubungkan sehingga empat peranti pada masa yang sama, selain turut menyertakan fungsi pengecaman suara terbina.

huawei P8

Menariknya mengenai penawaran Huawei P8 di Malaysia, ia bukan sekadar peranti sahaja, sebaliknya Huawei turut menyertakan khidmat pelanggan khusus dinamakan Huawei VIP. melaluinya, Huawei menawarkan gantian semula peranti satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan pertama, selain perlindungan skrin selama 3 bulan. Penawaran perkhidmatan ini boleh didapati pengguna Huawei P8 secara percuma dengan membeli peranti berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P8 Dilancarkan – Ke Malaysia Pada 18 Jun, Dilengkapi Khidmat Pelanggan Khusus – Huawei P8 VIP"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info