Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Capcom Bakal Menawarkan Permua Tekaria Puzzle Fighter Untuk Android Dan iOS

Super Puzzle Fighter 2 Turbo telah dilancarkan untuk PlayStation pertama pada 1996 yang lepas. Kini, selepas berdiam selama lebih 2 dekad, Capcom kini akhirnya menghidupkan semula siri permainan Puzzle Fighter mereka.

Diumumkan hari ini, Capcom mengatakan Puzzle Fighter bakal hadir sebagai sebuah permainan mudah-alih (permua) untuk peranti iOS dan juga Android. Puzzle Fighter baru ini akan menyertakan watak bukan sahaja daripada Street Fighter X, tetapi juga daripada Mega Man, Dead Rising, Resident Evil dan sebagainya.

Berbeza dengan permainan berbentuk berlawan yang lain, untuk Puzzle Fighter ia menawarkan bentuk permainan tekaria, dan memerlukan pemain menyelesaikan sesuatu tekaria – dan watak mereka akan membuat serangan berdasarkan kepada skor dan penyelesaian pemain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran untuk Puzzle Fighter ini masih belum diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Capcom Bakal Menawarkan Permua Tekaria Puzzle Fighter Untuk Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info