Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Memperkenalkan Yoga 920 Dengan Intel Core Gen-8, Sokongan Mikrofon Jarak Jauh, Dan Input Pen

Lenovo hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada komputer riba dibawah siri Yoga 900 dan menyertakan sokongan engsel 360-darjah. Dinamakan sebagai Lenovo Yoga 920, ia hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan 40% lebih tinggi berbanding versi sebelum ini.

Disamping daripada spesifikasi, Lenovo Yoga 920 ini juga turut hadir dengan rekaan premium yang kini lebih kukuh, serta lebih nipis dan ringan.

Lenovo Yoga 920

Komputer riba dengan skrin 13.9-inci ini hadir dengan pilihan paparan HD penuh atau UHD, dilengkapi memori sehingga 16GB DDR4, storan sehingga 1TB PCIe SSD, dan bateri yang mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 15.5 jam pada paparan resolusi HD penuh.

Pihak Lenovo juga turut mengatakan Yoga 920 kini hadir dengan sokongan mikrofon yang mampu mengesan input suara pada jarak sehingga 4 meter. Lenovo turut mengatakan ia sesuatu yang berguna sekiranya anda menggunakan Cortana – namun sedikit mendukacitakan kerana sokongan pembantu maya digital Microsoft ini tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia buat masa ini.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongan input menggunakan pen melalui Lenovo Active Pen 2.

Lenovo Yoga 920

Lenovo Yoga 920 akan dipasarkan pada penghujung tahun ini, dan bersama-sama dengannya, Lenovo turut mengumumkan edisi terhad bertemakan Star Wars yang menggunakan rekaan kerangka berasaskan kaca Gorilla Glass.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Memperkenalkan Yoga 920 Dengan Intel Core Gen-8, Sokongan Mikrofon Jarak Jauh, Dan Input Pen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info