Sembang Maniac

Sembang-sembang je

DotA 2 Reborn Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Dimainkan

Valve telah hadir dengan beberapa teaser dan perkongsian perkara baru yang dibawakan oleh DotA 2 Reborn sejak minggu lepas, dan hari ini, Valve secara rasminya memulakan penawaran beta terbuka untuk permainan terbaru mereka itu.

DotA 2 Reborn hadir dengan kemaskini antaramuka dan rekabentuk, selain turut menyertakan kaedah permainan baru melalui Custom Games.

Untuk menjana permainan ini, Valve menggunakan Source 2 Engine yang membawakan grafik lebih baik pada permainan ini.

DotA 2 Reborn Beta

Hari ini, mereka turut membuka penawaran permainan ini dalam bentuk beta kepada semua pengguna, dimana untuk mengaksesnya, anda memerlukan DotA 2 terpasang pada komputer anda.

Untuk memasang DotA 2 Reborn Beta, anda hanya perlu membuka permainan DotA 2, seterusnya ke tab Play, dan pilih DotA 2 Reborn Beta. Permainan tersebut akan dimuat-turun dan dipasang.

Seterusnya, setiap kali anda memulakan permainan DotA 2, anda akan diberikan pilihan untuk memainkan versi pilihan anda – sama ada versi biasa atau Reborn.

Valve turut mengatakan pelbagai data berkaitan permainan seperti item, kedudukan, senarai rakan-rakan dan sebagainya akan dikongsikan antara kedua-dua versi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "DotA 2 Reborn Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Dimainkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info