Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Watch Sport Dan Watch Style Akan Dilancarkan Dengan Butang Berputar Seperti Apple Watch

Google dijangka melancarkan Android Wear 2.0 pada 9 Februari ini. Pada acara yang sama mereka turut akan melancarkan dua jam tangan pintar baru LG Watch Sport dan Watch Style menurut @evleaks. Dari segi rekaan ia mempunyai skrin bulat dan dilengkapi sistem butang berputar seperti yang digunakan oleh Apple Watch. Rekaan adalah sama seperti jam tangan Angelfish dan Swordfish yang tertiris sebelum ini.

LG Watch Sport ialah versi premium dengan skrin 1.3″ 480×480 pixel, RAM sebesar 768 MB, storan 4 GB dan bateri sebesar 430 mAh. Dua model dihasilkan iaitu WiFi dan LTE. Sistem NFC menyokong Android Pay disertakan begitu juga dengan pengesan nadi,GPS serta ketahanan IP68.

LG Watch Style pula dilengkapi skrin 1.2″ 360×360 pixel, RAM sebesar 512 MB, storan 4 GB dan bateri sebesar 240 mAh. Tiada sokongan LTE dan NFC disertakan. Ketahanan kalis pula hanya IP67. Sistem operasi Android Wear 2.0 yang digunakan memperkenalkan App Store terbina di dalam jam serta pembantu maya Google Assistant.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Watch Sport Dan Watch Style Akan Dilancarkan Dengan Butang Berputar Seperti Apple Watch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info