Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) MediaTek Dilaporkan Membuat Pelaburan Pada Meizu

MediaTek merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka, dan cip mereka digunakan oleh sejumlah pengeluar peranti di dunia – termasuk Sony, HTC, Meizu, dan sebagainya. Hari ini, menurut beberapa penganalisa di China, MediaTek dilaporkan telah membuat pelaburan pada pengeluar peranti Meizu.

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai desas-desus sahaja, dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada kedua-dua pihak. Ini membuatkan ia masih tidak diketahui lagi berapakah peratusan pelaburan yang dilakukan dan pegangan MediaTek selepas pelaburan ini.

MediaTek pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa cip pemprosesan baru, dan salah satu yang terkini adalah cip bawah keluarga Helio yang digunakan pada HTC One M9+ yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Jika benar pihak mediaTek membuat pelaburan pada Meizu, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah industri akan memberikan respon, dan adakah ia akan menjejaskan penggunaan cip MediaTek pada peranti keluaran pengeluar yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) MediaTek Dilaporkan Membuat Pelaburan Pada Meizu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info