Pada tahun lepas, Cradle Fund telah mula mengurangkan sokongan mereka terhadap pendanaan tahap awal, dan memfokuskan untuk memberikan pelaburan strategik kepada syarikat yang lebih matang. Sebanyak 5 rakan kerjasama pada tahun lalu telah diumumkan dan pada minggu lalu mereka telah mengumumkan 5 rakan kerjasama untuk pelaburan strategik buat startup tempatan.
Cradle Fund telah menandatangani perjanjian bersama-sama 5 syarikat iaitu Captii Ventures Pte Ltd, Kathrein Ventures Pte Ltd, KK Fund, Startup Nation Sdn Bhd dan juga Mercatus Ventures Sdn Bhd. Ini menjadikan rakan kerjasama mereka buat pelaburan strategik berjumlah 10 dan jumlah yang akan dilaburkan oleh 5 syarikat ini adalah RM 14.35 juta. Menerusi perjanjian ini, setiap rakan kerjasama akan memberikan dana buat startup terpilih dan Cradle akan menyamakan pelaburan tersebut melalui ‘matching investment’ yang turut memberikan pegangan ekuiti terhadap startup yang dilaburkan. Cradle juga akan melaburkan RM 14.35 juta sama seperti yang dilaburkan oleh 5 rakan kerjasama ini.
‘Matching investment’ bermaksud, sekiranya Captii Ventures Pte Ltd menyukai salah satu startup dan melaburkan SGD 148,000 (~RM 400,000), maka Cradle Fund juga akan melaburkan RM 400,000 terhadap startup tersebut. Proses sebegini sudah tentu menguntungkan startup juga kerana bakal memperoleh RM 800,000 untuk pendanaan tersebut. Setiap startup pula terhad untuk menerima pelaburan sehingga RM 500,000 dari salah satu rakan kerjasama ini namun dengan ‘matching investment’ dari Cradle, ini menjadikan startup berupaya untuk memperoleh pelaburan sehingga RM 1 juta maksimum untuk pendanaan ini.
Bercakap mengenai kriteria startup yang dicari oleh 5 rakan kerjasama ini, mereka ingin melabur kepada syarikat yang ingin meluaskan operasi dan produk diluar pasaran Malaysia. Dengan peluang pelaburan sebegini memberikan dana yang besar, sekaligus lebih banyak perkara dapat dilakukan oleh startup yang dilaburkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cradle Fund Menambah Rakan Kerjasama – Dana Pelaburan Strategik Kini Berjumlah RM56.7 Juta."