Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubuntu 15.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod Wily Werewolf

UbuntuCanonical telah melancarkan sistem operasi terbaru mereka, Ubuntu 15.04 pada bulan April yang lepas, dan seperti semua sedia maklum, pembangunan untuk versi seterusnya, iaitu Ubuntu 15.10 telah pun dimulakan. Seperti setiap versi, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama kod khusus untuk versi baru ini, dimana Ubuntu 15.10 akan dikenali dengan nama Wily Werewolf.

Wily Werewolf mengikut penjenamaan Ubuntu sebelum-sebelum ini, dimana versi Ubuntu 15.10 menggunakan awalan nama versi dengan huruf “W”. “Wily” membawa maksud seseorang yang licik, sementara “Werewolf” pula merupakan “serigala jadian”.

Seperti versi sebelum-sebelum ini, Ubuntu akan terus memfokuskan kepada satu sistem operasi untuk pelbagai peranti, dan ia bukan lagi sekadar desktop sahaja. Sebelum ini sendiri kita telah dapat melihat perhatian lebih diberikan kepada Ubuntu Phone, dan mungkin kita turut akan melihat beberapa produk baru lain berasaskan Ubuntu hadir bersama-sama pengenalan Ubuntu 15.10 kelak.

Ubuntu 15.10 dijangka akan diperkenalkan kepada semua pada bulan Oktober 2015 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubuntu 15.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod Wily Werewolf"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info