Microsoft sejak daripada tahun lepas, dibawah Satya Nadella telah membuat pelbagai perubahan baru, dimana antaranya adalah penawaran pelbagai perkhidmatan dan aplikasi secara percuma kepada pelbagai platform. Windows 10 juga nampaknya akan melalui proses yang lebih kurang sama ketika pengenalannya kelak.
Microsoft sebelum ini telah mengumumkan Windows 10 akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8. Tidak lama selepas itu, Microsoft turut mengatakan ia akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna versi cetak rompak – namun menidakkannya selepas itu dan mengatakan ia hanya terhad kepada beberapa rantau.
Terkini, ia dilihat Microsoft akan menawarkan versi akhir Windows 10 ini secara percuma kepada pengguna Windows 10 Technical Preview – atau turut dikenali Windows Insider. Maklumat lanjut mengenainya masih samar-samar buat masa ini.
Jika perkara ini benar, ia memperlihatkan sesiapa sahaja boleh memuat-turun Windows 10 Technical Preview, dan menaik-taraf kepada versi Windows 10 RTM secara percuma – sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia menggunakan Windows 10 versi asli secara percuma pada komputer mereka.
Jika hal ini benar, apa kata anda?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Windows 10 Technical Preview Boleh Naik-Taraf Ke Windows 10 RTM Secara Percuma"