Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menambah Sokongan Animasi GIF Pada News Feed

Facebook kini telah mula menambah salah satu sokongan baru yang mungkin diminati atau dibenci pengguna, iaitu sokongan animasi GIF pada News Feed. Buat masa ini, ia disokong pada perkongsian oleh profil pengguna sahaja, dan bukannya pada Facebook Pages. Tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia diperluaskan.

Perkongsian GIF boleh dikatakan ada kalanya menarik, tetapi dengan lambakan GIF pada Facebook, tidak mustahil untuk kita melihat ramai pengguna akan mula membencikannya.

Selain Facebook, Twitter turut menyokongnya, tetapi pada Twitter, pengguna perlu tekan pada GIF berkenaan sebelum animasi berkenaan dimainkan – sekaligus menjadikan perkongsian GIF pada Twitter tidak begitu menganggu.

Buat masa ini, pengenalan sokongan perkongsian GIF ini diperkenalkan secara berperingkat, dan akan hadir secara meluas tidak lama lagi.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan perkongsian GIF pada Facebook? Adakah anda menyukainya ataupun sebaliknya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Menambah Sokongan Animasi GIF Pada News Feed"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info