Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Menambah Sokongan Dwi-Pengesahan, Membolehkan Anda Melihat Darimana Telegram Sedang Diakses

Ia telah menjadi satu kebiasaan untuk pihak Telegram bagi memperkenalkan kemaskini baru hampir setiap minggu. Pada minggu ini, Telegram menambah sokongan pengesahan dwi-faktor untuk perkhidmatan permesejan mereka dalam memastikan akaun pengguna lebih selamat dan sukar untuk digodam pihak lain.


Melalui sokongan pengesahan dwi-faktor ini, pengguna akan diminta dengan kata laluan khusus, dan mereka juga seterusnya akan menerima SMS beserta nombor kod untuk dimasukkan pada aplikasi berkenaan sebelum dapat digunakan. Tetapan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja ketika anda mengaktifkan akaun pada peranti baru.


Telegram Sekuriti


Disamping itu, Telegram juga turut menambah sebuah fungsi baru dinamakan sebagai “Active Sessions”. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui pada peranti manakah akaun Telegram mereka sedang digunakan, dan anda boleh mematikan akses untuk akaun anda pada sesuatu peranti jika tidak lagi menggunakannya.


Telegram Sekuriti


Dan akhir sekali, satu lagi fungsi baru yang disertakan oleh Telegram adalah keupayaan untuk pra-lihat kandungan yang dibawakan oleh sesuatu pautan. Sekiranya sebuah pautan dikongsikan melalui Telegram, kini ia akan memperlihatkan thumbnail dan kandungan ringkas untuknya bagi mengelakkan anda daripada membuka pautan yang berbahaya.


Semua fungsi baru ini boleh dinikmati dengan mengemaskini aplikasi Telegram untuk Android dan iOS anda kepada versi terkini pada hari ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Telegram Menambah Sokongan Dwi-Pengesahan, Membolehkan Anda Melihat Darimana Telegram Sedang Diakses"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info