Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC2015 – Saygus V2 – Telefon Pintar Berspesifikasi Tinggi Dengan Dua Slot Mikro-SD

Saygus telah memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka pada bulan Januari yang lepas, ketika CES 2015. Terkini, pada Mobile World Congress, mereka sekali lagi memperlihatkan peranti berkenaan, yang mana boleh dikatakan agak menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia.


Saygus V2


Saygus V2


Saygus merupakan salah satu syarikat telefon pintar yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Sebelum Saygus v2 ini, boleh dikatakan nama syarikat mereka tidak begitu dikenali, malah tidak diberikan perhatian oleh ramai pihak. Saygus V2 sendiri mempunyai nama yang agak unik, dimana ia dipanggil sebagai “Saygus V Square”.


Dari segi rekaan luar peranti Saygus V2 ini, boleh dikatakan tidak begitu unik, dan daripada set percubaan yang kami cuba ketika Mobile World Congress, ia masih tidak begitu kemas. Mungkin juga kerana ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan pihak Saygus mengatakan peranti akhir, dan juga sistem operasi akhir untuk telefon pintar ini akan hadir dalam masa dua minggu lagi.



Saygus V2 menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon empat-teras 2.5GHz, memori sebanyak 3GB RAM, dan hadir dengan ruangan storan 64Gb. Menariknya pada peranti ini adalah ia dilengkapi dengan dwi-ruangan untuk storan mikro-SD, membolehkan pengguna menggunakan kad mikro-SD sehingga 256GB.


Pada bahagian belakang peranti ini, ia menggunakan kamera 21-megapixel dengan sokongan OIS, selain turut melengkapkan kamera 13-megapixel pada bahagian hadapan – turut dilengkapi dengan sokongan OIS. Pihak Saygus tidak memberikan kami peluang untuk mencuba kameranya, mengatakan ia masih belum stabil sepenuhnya, dan ia akan bersedia dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.


Saygus V2


Pihak Saygus juga turut melengkapkan peranti ini dengan dwi-speaker pada bahagian hadapan menggunakan teknologi Harman Kardon, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi antena Fractal dalam menawarkan kualiti rangkaian yang lebih baik.


Pada bahagian bateri, ia membawakan bateri 3100mAh yang boleh ditanggalkan, selain turut hadir dengan sokongan multi-boot. Kami turut tidak dapat melihat ketika demo tersebut berkenaan bagaimanakah fungsi multi-boot pada telefon ini berfungsi. Menurut Saygus, ia menyokong untuk boot terus daripada mikro-SD tanpa menganggu sebarang sistem sedia ada telefon berkenaan.


Saygus V2


Saygus V2


Saygus V2


Bercakap mengenai perisiannya, ia agak mengecewakan memandangkan telefon berspesifikasi tinggi yang hadir pada tahun 2015 ini masih menggunakan Android 4.4 KitKat. Menurut Saygus, kemaskini Lollipop mungkin hadir dalam masa beberapa bulan selepas ia dilancarkan kelak.


Saygus V2 hadir dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih.


Bagi kami sendiri, selain daripada hanya spesifikasi tinggi dan ruangan storan yang besar (memandangkan boleh guna dua kad miko-SD), kami tidak ketahui sama ada peranti ini akan mendapat permintaan yang tinggi ataupun sebaliknya. Tetapi, ia agak menarik untuk melihat pelbagai syarikat baru hadir dengan penawaran yang menarik berbanding dengan pelbagai syarikat sedia ada.


Jadi, bagi anda, adakah anda akan mendapatkannya jika dijual di Malaysia, atau lebih selesa dengan peranti seperti Samsung dan juga HTC?






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC2015 – Saygus V2 – Telefon Pintar Berspesifikasi Tinggi Dengan Dua Slot Mikro-SD"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info