Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilihat Berhenti Seketika Daripada Pengeluaran Jam Tangan Pintar

Samsung sejak setahun dua yang lepas, telah mengeluarkan sejumlah jam tangan pintar. Bermula daripada Galaxy Gear berasaskan Android pada tahun 2013 yang lepas, mereka turut telah hadir dengan Gear 2, Gear Fit, Gear Live, dan juga Gear S sejak daripadanya.


Namun, pada pengenalan Galaxy S6 tempoh hari, Samsung hanya sekadar memperkenalkan peranti boleh-pakai Gear VR sahaja, dan tidak mengumumkan sebarang jam tangan pintar ketika itu.


Samsung dilihat kini ingin berhenti mengeluarkan produk sekadar memenuhi pasaran sahaja, sebaliknya ingin hadir dengan sesuatu yang lebih memenuhi kehendak pengguna dan produk yang lebih baik dan sempurna.


Samsung tidak memberikan sebarang petanda berkenaan bilakah mereka akan hadir dengan jam tangan pintar baru, tetapi ia dilihat mereka sedang membangunkannya dan mungkin akan hadir dengan sesuatu yang menarik menggunakan platform Tizen mereka pada masa akan datang.


Samsung sebelum ini telah diura-ura akan hadir dengan jam tangan pintar dengan skrin bulat, tetapi masih tiada sebarang info lanjut berkenaan dengannya buat masa ini.


Pada Mobile World Congress minggu lepas sahaja, sejumlah jam tangan pintar baru telah diperlihatkan, termasuk Huawei yang mencuri perhatian ramai dengan Huawei Watch. Apple sendiri bakal mengumumkan dan melancarkan jam tangan pintar Apple Watch mereka pada minggu ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilihat Berhenti Seketika Daripada Pengeluaran Jam Tangan Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info