Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Silent Hills Sah Dibatalkan Oleh Konami

Silent-Hills

Spekulasi pembatalan permainan Silent Hills sudah kedengaran sejak bulan lalu selepas laporan menyatakan Hideo Kojima akan meninggalkan Konami selepas menghasilkan MGS V. Hari ini Konami mengesahkan permainan Silent Hills dibatalkan. Pembatalan ini pastinya mengejutkan dan mengecewakan peminat siri seram ini kerana ia membabitkan kerjasama Kojima dan Guillermo Del Torro. Demo P.T untuk Silent Hills yang dikeluarkan Ogos tahun lalu memperlihatkan arah baru siri ini dan ianya antara demo terbaik pernah kami mainkan. Grafik P.T yang menggunakan Fox Engine bukan sahaja nampak realistik malah berjaya membuatkan bulu roma meremang. Jika anda masih belum mencuba P.T anda mempunyai masa sehingga esok sebelum ianya ditarik dari PlayStation Network.

Sungguhpun projek Silent Hills kini berkubur, Konami berkata mereka komited untuk menghasilkan lebih banyak permainan untuk siri ini di masa hadapan. Apakah pandangan anda tentang pembatalan permainan yang sangat dinantikan peminat genre seram ini? Mungkin Kojima dan Del Torro boleh bekerjasama di luar Konami untuk menjadikan Silent Hills sebuah permainan lain. Ini bukan kali pertama sebuah permainan ditukar menjadi permainan baru di tengah-tengah produksi. Sebelum ini permainan Batman oleh WB Interative diubah suai menjadi Middle Earth : Shadow or Mordor.  Siri terkenal Devil May Cry juga pada asalnya dihasilkan sebagai permainan di dalam siri Resident Evil.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Silent Hills Sah Dibatalkan Oleh Konami"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info