Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

GST zalim

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu ‘merawat’ segera pelaksanaan GST.

“Pentadbiran Najib perlu lakukan ‘pengubahsuaian’ GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!,” tegasnya.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Senaraikan Kegagalan Najib

Sumber: Sinarharian.com.my



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info