Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Program Coach & Grow Untuk Mengembangkan Startup Melalui Khidmat Nasihat Pakar

Sekiranya anda seorang yang telah lama bergiat dalam arena startup tempatan, nama agensi seperti Cradle Fund sudah tentu tidak asing buat anda. Didalam pelbagai program dan juga pendanaan yang disediakan oleh mereka, terdapat satu program yang bermula pada tahun 2011 dan berlangsung sehingga kini iaitu Coach & Grow Programme (CGP).

Jika terdapat program pendanaan yang lain dari Cradle seperti Pre-seed, Innofund, CIP 500, program CGP ini dilihat sedikit berbeza, dimana ia mengetengahkan jurulatih dan panel pakar yang berpengalaman dalam industri spesifik dan juga startup untuk menyokong peserta program tersebut. Program CGP ini direka supaya peserta yang terdiri dari pemilik syarikat atau individu, melalui proses-proses tertentu yang bakal menambahbaik prestasi syarikat.

unnamed-1Melalui program CGP ini yang akan berlangsung selama 12 bulan, fokus buat peserta akan diberikan untuk tujuan menjana strategi petumbuhan serta memastikan keseluruhan operasi mula memperoleh keuntungan.

Sehingga kini terdapat lebih dari 400 usahawan IT yang telah melalui program ini. Jika program lain mungkin menawarkan tempoh latihan atau khidmat nasihat dalam jangkamasa pendek, program ini akan menyediakan khidmat nasihat dan juga seminar selama 12 bulan. Namun komitmen yang diperlukan bukanlah sepanjang bulan, kerana peserta juga boleh menetapkan waktu yang sesuai untuk bertemu dengan jurulatih dan juga pakar tersedia.

Antara kelebihan menyertai program CGP adalah termasuk;

  • Kandungan latihan dan sasaran untuk setiap program ditetapkan oleh usahawan, untuk usahawan.
  • Struktur latihan difokuskan untuk strategi perlaksanaan dan bukannya pembelajaran secara teori.
  • Sesi latihan akan digubah mengikut keperluan setiap syarikat.
  • Para pelatih merupakan usahawan dan pakar didalam industri yang telah diceburi.
  • Membantu para peserta/syarikat untuk mewujudkan hubungan ekosistem ICT yang menyeluruh bersama-sama agensi kerajaan, agensi pembiayaan, institusi pendidikan dan juga Alumni CGP terdahulu.

Program ini juga sedang menerima permohonan untuk pusingan pertama dan tarikh tutup permohonan ini adalah 30 April ini.

Penafian : Advertorial oleh Cradle Fund.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Program Coach & Grow Untuk Mengembangkan Startup Melalui Khidmat Nasihat Pakar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info