Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R1x Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini – Berharga RM1398

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula memasarkan Oppo R1x di Malaysia pada penghujung bulan ini. Tetapi, istimewa untuk pengguna tempatan, Oppo akan memperlihatkan peranti terbaru tersebut melalui sebuah promosi yang dinamakan sebagai “Turn Over Tour”.


Oppo R1x boleh dikatakan membawakan kemaskini spesifikasi berbanding Oppo R1L sebelum ini. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD. Oppo R1x membawakan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.


Oppo R1x


Menjadi fokus utama untuk peranti ini adalah rekaan kerangka belakangnya yang membawakan simbolik kepada rekaan berlian. Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1398.


Oppo mengatakan mereka akan memperlihatkan Oppo R1x ini pada acara khas “Turn Over Tour” di Malaysia, dimana mereka akan membawakan sebuah trak mega ke dua lokasi utama, iaitu Berjaya Times Square pada 11 dan 12 April, dan diikuti di AEON Bukit Tinggi pada 25 dan 26 April kelak. Pelbagai peranti akan diperlihatkan pada acara berkenaan, dan pengguna turut boleh membuat tempahan untuk Oppo R1x pada acara berkenaan.


Oppo Turn Over Tour


Oppo Turn Over Tour






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R1x Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini – Berharga RM1398"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info