Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitch Melancarkan Twitch Creative – Memfokuskan Kandungan Kreatif Multimedia Selain Permainan

Twitch merupakan salah satu perkhidmatan popular memfokuskan kepada penstriman video berkaitan permainan. Hari ini mereka memperluaskan sokongan mereka dengan memperkenalkan komuniti baru dinamakan sebagai Twitch Creative – dimana melaluinya mereka ingin menambah kandungan bukan permainan melaluinya.

Twitch Creative

Saluran Twitch Creative hari ini memperlihatkan beberapa perkara, termasuk berkaitan seni digital, multimedia, muzik, pembangunan permainan dan sebagainya.

Bersempena dengan pelancaran ini, beberapa rakan kerjasama turut diumumkan, termasuk salah satunya adalah Adobe. Melalui saluran Adobe di Twitch, mereka menyediakan kandungan berkaitan pembangunan dan tutorial menggunakan produk mereka yang popular dalam arena kandungan kreatif.

Bagi anda yang berminat dengan kandungan multimedia, dan pada masa yang sama ingin menambah pengetahuan dalam pembangunannya, anda boleh ke saluran Twitch Creative hari ini dan menonton pelbagai siaran dan kandungan yang disediakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitch Melancarkan Twitch Creative – Memfokuskan Kandungan Kreatif Multimedia Selain Permainan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info