Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Akan Menawarkan OnePlus One – Berkemungkinan Seawal Minggu Hadapan

Pelancaran peranti OnePlus One di Malaysia sering tertangguh selama ini, dan kini berdasarkan beberapa info yang hadir ke arena internet, ia dilihat Maxis mungkin akan menjadi salah satu syarikat telekomunikasi yang menawarkan telefon pintar OnePlus One.


OnePlus One membawakan rekaan peranti seumpama Find 7, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, storan dalam pilihan 16GB atau 64GB, kamera belakang 13-megapixel, skrin bersaiz 5.5-inci, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3100mAh.


Maxis OnePlus


Menjadi salah satu fokus utama untuk peranti ini adalah kerana harga jualannya yang rendah berbanding beberapa peranti lain dengan spesifikasi sama. Pada masa yang sama, OnePlus One turut menggunakan sistem operasi CyanogenMod yang membawakan pengalaman penggunaan Android asli tanpa penambahan antaramuka yang drastik.


Melalui gambar yang hadir ke arena web, Maxis dilihat akan menawarkan OnePlus One dengan pakej MaxisONE mereka, dan ia akan ditawarkan pada harga RM959.


Maxis tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan pertanyaan kami untuk penawaran peranti OnePlus One melalui pakej mereka.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Akan Menawarkan OnePlus One – Berkemungkinan Seawal Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info