Ada satu sahaja permainan di pasaran sekarang yang boleh menyebabkan keseluruhan sidang redaksi Amanz berhenti bekerja di pejabat. Permainan ini ialah Playerunknown’s Battleground atau lebih dikenali dengan akronim PUBG. Ia mencatatkan rekod dengan 2 Juta pemain serentak. Tambah menakjubkan ia masih lagi di alam ujian Early Access di Steam. Kegilaan PUBG akan akhirnya tiba ke konsol pada 12 Disember ini eksklusif di Xbox One.
Pada tarikh tersebut ia akan ditawarkan di bawah program Xbox Game Preview. Versi konsol dibangunkan berasingan dari versi PC kerana perbezaan keperluan spesifikasi. Pihak pembangun Bluehole mengesahkan sokongan untuk Xbox One X dengan tetapan grafik lebih tinggi dan juga HDR.
Bagi pengguna PC, Bluehole mensasarkan pelancaran versi 1.0 pada penghujung Disember hadapan. Bagi pemilik konsol lain, terdapat petanda PUBG hanya akan menjadi hak eksklusif Xbox One untuk tempoh yang terhad. Sekiranya anda pemilik PlayStation 4, anda perlu menanti lebih lama sebelum dapat terjun dari kapal terbang dan membelasah musuh dengan kuali.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Playerunknown’s Battleground Versi XBox One Akan Hadir Pada 12 Disember"