Bukan lagi misteri bahawa jualan iPhone 8 adalah sedikit suram berbanding iPhone 7. Ini adalah kerana ramai peminat Apple memilih untuk membeli iPhone X yang mempunyai rekaan yang lebih menarik. Di China, Reuters melaporkan iPhone 8 menerima potongan harga di antara 14-20% bagi merangsang jualan sebelum iPhone X dilancarkan pada harga Jumaat.
Sebuah iPhone 8 64GB boleh dimiliki pada harga RMB 4788 (~RM 3059) manakala 8 Plus 256GB dijual pada harga RMB 6888 (~RM 4400). Ini ialah potongan harga asal RMB 5888 (~RM 3761) dan RMB 7988 (~RM 5102). Pengurangan harga ini bukan petanda jualan iPhone semakin merosot di China. Sebaliknya pada suku yang lalu 11 Juta iPhone berjaya dijual bersamaan dengan peningkatan 34% berbanding suku yang sama tahun lalu.
Bagi pengguna di Malaysia, angka jualan iPhone masih tidak diketahui. Tetapi sekiranya ia turut menerima potongan harga, ia pastinya akan disambut dengan tangan terbuka kerana harga China kini jauh lebih murah berbanding harga pasaran tempatan semasa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 8 Menerima Potongan Harga Sehingga 20% Di China Bagi Merangsang Jualan"