Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Desire 826 Di Malaysia Bermula Penghujung Bulan April Ini – Berharga RM1359

HTC Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi HTC One M9+ di Malaysia, dan bersama-sama dengannya, mereka turut mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Desire 826.

HTC Desire 826

HTC Desire 826 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 615 1.7Ghz, dan agak mengejutkan kerana ia dikatakan menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian dan hadapan, berbeza dengan versi yang diperkenalkan pada awal Januari yang hanya membawakan kamera hadapan 4-megapixel

HTC Desire 826 ini juga turut dilengkapi dengan sokongan Boomsound berteknologi Dolby Audio untuk menikmati media dengan lebih menarik lagi.

HTC Desire 826 yang turut menyokong rangkaian 4G LTE ini akan dijual di Malaysia pada harga RM1359 (termasuk GST) di Malaysia bermula 30 April ini. Pelbagai aksesori khusus untuknya – termasuk Dot View Case akan ditawarkan bersama-sama pengenalan peranti ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Desire 826 Di Malaysia Bermula Penghujung Bulan April Ini – Berharga RM1359"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info