Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 6 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399

Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan jenama khusus untuk jualan melalui VMall, iaitu Honor. Sejak daripadanya, beberapa peranti Honor telah diperkenalkan, dan bersempena dengan ulang-tahun pertama Honor di Malaysia, mereka turut melancarkan sebuah lagi peranti khusus untuk pasaran tempatan, dinamakan sebagai Honor 6 Plus.

Honor 6 Plus

Honor 6 Plus

Honor 6 Plus membawakan penambah-baikkan berbanding Honor 6 sebelum ini, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD Penuh LCD, menggunakan cip pemprosesan Kirin 925 daripada Huawei, memori 3GB RAM, serta ruangan storan 32GB.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah dua lensa pada bahagian belakang menggunakan sensor 8-megapixel. Honor mengatakan pengguna boleh merakamkan lebih 60% cahaya berbanding kamera biasa.

Honor 6 Plus akan dijual di Malaysia bermula esok – 29 April 2015 pada harga RM1399. Seperti biasa, ia akan dijual melalui laman rasmi mereka, VMall.MY. Selain Honor 6 Plus, pihak Honor Malaysia juga turut melancarkan Honor 4C pada harga RM529 di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 6 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info