Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Hadir Dengan Aplikasi Riff – Membolehkan Anda Bekerjasama Dengan Rakan Untuk Hasilkan Video

Facebook dengan adanya Creative Labs, sering hadir dengan beberapa aplikasi menarik dengan fungsi-fungsi khusus. Kini, hari ini mereka turut memperkenalkan satu lagi aplikasi khusus yang memfokuskan kepada kolaborasi bersama-sama rakan dalam menghasilkan sesuatu video, dinamakan sebagai Riff.


Facebook Riff


Menggunakan aplikasi ini yang ditawarkan pada Android dan iPhone, sesiapa sahaja boleh mula membuat video dan berkongsi topik dengan rakan lain. Mereka kemudian boleh memilih sama ada ingin menontonnya sahaja ataupun turut menambah klip video mereka pada video anda. Seperti biasa, selepas ia melalui rakan-rakan anda, ia boleh diterbitkan di Internet atau pada sebarang laman lain di internet.


Aplikasi ini boleh dikatakan mempunyai potensi yang menarik, dimana sejumlah rakan boleh bekerjasama dalam merakamkan sesuatu video – sebagai contoh ucapan tahniah atau ucapan hari jadi, dan mengabungkannya sebagai satu serta berkongsi kepada penerima. Idea kreatif lain juga turut boleh dihasilkan, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa hasil menarik tidak lama lagi.


Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini untuk Android dan iPhone hari ini.


Facebook Riff








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Hadir Dengan Aplikasi Riff – Membolehkan Anda Bekerjasama Dengan Rakan Untuk Hasilkan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info