Mobile World Congress menyaksikan sejumlah produk baru dilancarkan dan dipertontonkan. Tidak ketinggalan adalah Yezz Mobile yang mana merupakan salah satu syarikat yang membangunkan modul untuk Project Ara. Mereka telah pun memperlihatkan beberapa gambaran modul dan bagaimana ia akan kelihatan kelak.
Bagi yang tidak mengenali akan Project Ara, ia merupakan projek untuk telefon modular yang sedang dalam proses pembangunan dibawah pasukan Google ATAP. Mereka telah memperlihatkan ia beberapa kali sebelum ini, membolehkan pengguna mengubah pelbagai modul pada telefon pintar dan menaik-tarafnya – sekaligus mengurangkan pembaziran bahan elektronik. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan peranti dengan kamera belakang yang lebih baik, anda tidak perlu mengubah keseluruhan peranti, tetapi sekadar mengubah modulnya sahaja, dan proses mengubahnya juga amat mudah.
Ia tidak lagi diketahui bilakah telefon pintar dibawah Project Ara ini akan dipasarkan secara meluas. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan ikut sasaran Google, peranti menggunakannya mungkin akan hadir pada tahun ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Modul Project Ara Dipertontonkan Pada MWC 2015"