Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD Menyertai Arena Realiti-Maya Dengan Pengenalan Liquid VR

Arena realiti-maya boleh dikatakan mendapat perhatian ramai pengeluar dari hari ke hari. Pada awal minggu ini kita menyaksikan pihak HTC dan Valve mengumumkan kerjasama dan hadir dengan HTC Vive, selain Samsung yang mengumumkan Gear VR2 untuk Galaxy S6. Hari ini, pada acara GDC (Game Developer Conference) pula, AMD mengambil pentas utama dan mengumumkan LiquidVR yang serba baru.


LiquidVR ini merupakan SDK yang ditawarkan untuk para pembangun kandungan, sekaligus memudahkan mereka membangunkan kandungan dan mengoptimasikan ia untuk peranti realiti-maya. Ia tidak terhad untuk permainan sahaja, malah turut boleh digunakan untuk pembangunan aplikasi mahupun pelbagai pengalaman lain termasuk untuk membeli-belah, untuk pendidikan dan sebagainya.


AMD juga memfokuskan kepada penggunaan GPU mereka, dimana mengatakan melalui penggunaannya, mereka ingin mengurangkan kadar kependaman (latency) – salah satu komponen utama dalam memberikan pengalaman amat baik dalam arena realiti-maya ini. AMD dilihat turut bekerjasama dengan Oculus dalam pengenalan teknologi ini.


AMD turut telah mula menawarkan LiquidVR SDK dalam bentuk alfa untuk beberapa pembangun dan menawarkan beberapa kelebihan lain, termasuk membawakan sokongan untuk boot terus ke paparan VR tanpa menganggu monitor komputer. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penggunaannya dalam masa terdekat ini – apatah lagi dengan teknologi realiti-maya yang semakin menjadi bualan hangat pelbagai syarikat teknologi seluruh dunia.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Menyertai Arena Realiti-Maya Dengan Pengenalan Liquid VR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info