Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Altel Mengumumkan GST Untuk Tambah Nilai Bermula 1 April

Altel GSTWalaupun beberapa kali sebelum ini kerajaan pernah mengatakan GST akan menggantikan SST sedia ada, tetapi ketika GST diimplementasikan, perkara lain dilihat berlaku. Kini, salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang baru, iaitu Altel telah pun mengumumkan kadar GST untuk tambah-nilai mereka.


Seperti semua sedia maklum, Altel hanya menawarkan rangkaian prabayar sahaja, dan ke semua pengguna bergantung terhadap tambah-nilai kredit.


Melalui jadual dan gambar yang dikongsikan pihak Altel, tambah nilai serendah RM3 akan dijual pada harga RM3.18, sementara RM5 pada RM5.30, RM10 pada RM10.60, RM30 pada RM31.80 dan juga RM50 pada harga RM53.


Syarikat telekomunikasi yang lain masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Akaun Twitter @GSTMalaysiaInfo turut tidak pasti mengenai kenaikkan harga tambah-nilai oleh Altel ini, dan menekankan yang mana ia sepatutnya menggantikan cukai SST sedia ada kepada GST sahaja tanpa sebarang kenaikkan harga.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Altel Mengumumkan GST Untuk Tambah Nilai Bermula 1 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info