Facebook hari ini mengadakan acara Facebook Journalism Project di Malaysia, dan berkongsi beberapa perkara mengenai platform laman sosial berkenaan. Salah satu statistik menarik yang dikongsikan oleh Facebook adalah termasuk berapa banyak pautan yang dikongsikan oleh para pengguna, jenama, organisasi dan sebagainya di Facebook pada setiap minggu.
Melalui data yang dikongsikan, Facebook mengatakan lebih 473 juta pautan dikongsikan di News Feed pada setiap minggu pada perkhidmatan laman sosial berkenaan.
Ini sekaligus menjadikan ia adalah salh satu bentuk perkongsian utama – selain daripada berbentuk teks, gambar, video dan sebagainya. Facebook sendiri memberikan fokus terhadap arena ini dengan penawaran ciri seperti Instant Articles dan sebagainya.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif berkongsi pautan di News Feed anda?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hampir 500 Juta Pautan Dikongsikan Melalui Facebook Pada Setiap Minggu"