Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperlihatkan Gajet Futuristik Yang Bakal Digunakan Pada Filem Avengers

Samsung ketika pelancaran Galaxy Tab S telah pun sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak Marvel untuk filem Avengers yang akan datang. Terkini, bersempena dengan CES 2015, mereka turut sama mempertontonkan beberapa protaip gajet yang akan digunakan khusus pada filem tersebut kelak.


Memandangkan filem Avengers lebih banyak menggunakan peranti berbentuk futursitik, ia turut menjadi tema utama Samsung dalam membangunkan peranti-peranti baru ini.


Samsung Avengers


Antara yang diperlihatkan adalah sebuah telefon pintar yang hanya membawakan rekaan lutsinar bersaiz 6.9-inci dan turut membawakan bahagian melengkung bersaiz 3.65-inci. Rekaan konsep untuk filem Avengers ini membawakan bahagian skrin lutsinar pada bahagian atas, sebaliknya pelbagai perkara lain ditumpukan pada bahagian bawah peranti.


Samsung Avengers


Samsung Avengers


Disamping itu, Samsung turut memperlihatkan jam tangan pintar yang lebih kurang seperti Gear S – tetapi dengan sedikit perubahan menarik, selain earpiece.


Memandangkan ia ditujukan sebagai pemasaran melalui filem, maka logo yang dipaparkan pada peranti agak bersaiz besar berbanding kebiasaan.


Avengers bakal ditayangkan pada tahun ini, dan mungkin kita akan dapat melihat bagaimanakah ia digunakan kelak melalui filem tersebut.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperlihatkan Gajet Futuristik Yang Bakal Digunakan Pada Filem Avengers"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info