Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MaidEasy Ingin Memudahkan Pengguna Untuk Mencari Dan Mengupah Tukang Cuci Dan Pembersih Rumah

Tahun 2015 ini bakal menyaksikan beberapa syarikat memfokuskan kepada tenaga kerja seperti tukang cuci dan pembantu rumah menyertai arena tempatan. Kami telah sedia mendengar mengenai perancangan beberapa syarikat yang ingin memasuki arena tersebut, dan terkini salah satu syarikat tempatan yang telah pun memulakan perkhidmatan adalah MaidEasy.


MaidEasy


MaidEasy ingin memudahkan pengguna untuk mencari dan mengupah tukang cuci dan pembersih sementara untuk rumah anda. Menggunakannya, pemilik sesuatu rumah boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat tukang cuci dan pembersih rumah – serta menetapkan jadual pembersihan dan melihat kos yang dikenakan untuknya.


Dari segi caj yang dikenakan, MaidEasy mengenakan caj sebanyak RM80 untuk tugasan selama 4 jam (dengan pilihan waktu antara pagi atau tengah hari), selain pilihan sepanjang hari (9 pagi ke 6 petang) pada harga RM160. Melalui halaman tempahan, MaidEasy mengatakan mereka turut akan menyediakan pilihan untuk tempahan tukang cuci bertugas untuk masa yang lebih ringkas – iaitu selama 2 jam.


MaidEasy


MaidEasy turut mengatakan yang mana mereka telah menyemak pelbagai dokumen berkaitan untuk tukang cuci yang berdaftar dibawah mereka, selain turut telah dilatih. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan, MaidEasy berjanji akan menghantar tukang cuci yang berbeza untuk membersihkan tanpa sebarang kos tambahan.


Buat masa ini, MaidEasy hanya meliputi sokongan di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu sekitar Kuala Lumpur, Bangsar, Hartamas, Petaling Jaya dan juga Cyberjaya.


Layari : MaidEasy





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MaidEasy Ingin Memudahkan Pengguna Untuk Mencari Dan Mengupah Tukang Cuci Dan Pembersih Rumah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info