Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan Rekaan Baru Untuk Play Store Versi Web

Akhir-akhir ini, Google telah memperkenalkan beberapa pembaharuan pada aplikasi Play Store mereka di Android, dan hari ini kami perasan yang mana rekaan antaramuka untuk Play Store di web telah pun berubah dan membawakan rekaan yang dikemaskini berbanding sebelumnya.


Google Play Store Baru


Google Play Store Baru


Google Play Store Baru


Melalui kemaskini baru ini, Google dilihat ingin memudahkan pengguna menemui aplikasi-aplikasi baru yang berkaitan, disamping turut dioptimasikan untuk paparan skrin yang luas. Sekiranya pengguna menggunakan paparan skrin yang besar, ia akan memaparkan koleksi aplikasi pada bahagian tepi, dan sekiranya skrin bersaiz kecil, maka paparan aplikasi berkaitan dilokasikan pada bahagian bawah halaman.


Perkara ini juga selari dengan pengenalan Material Design pada beberapa perkhidmatan web milik Google sebelum ini. Google mungkin memperkenalkan kemaskini antaramuka ini secara berperingkat, dan mungkin anda akan menerimanya tidak lama lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan Rekaan Baru Untuk Play Store Versi Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info