Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Saiz Purata Untuk Sesuatu Halaman Web Pada 2014 Meningkat 15% – Hampir 2MB

Kebiasaannya, ramai pembangun yang mengoptimasikan sesuatu halaman web untuk bersaiz kecil, dan membuka dengan pantas apabila pengguna singgah ke web mereka. Namun, dengan perkembangan teknologi, selain saiz skrin paparan resolusi tinggi serta akses internet pantas, ia sekaligus membuatkan saiz web turut meningkat dari tahun ke tahun.


Menurut penganalisa, peningkatan ini boleh dikaitkan dengan penggunaan lebih banyak kod pada sesuatu halaman web berbanding sebelum ini – terutamanya laman web berbentuk responsif yang boleh berubah bentuk dari paparan desktop ke peranti mudah-alih dengan mudah.


Disamping itu, beberapa CMS turut menyertakan pelbagai kod tambahan untuk fungsi – yang mana beberapa pembangun web tidak membuangnya dalam pembangunan web mereka walaupun sesuatu fungsi tersebut tidak digunakan.


Pada tahun 2014 ini, saiz purata sesuatu halaman web itu meningkat sebanyak 15%, dimana secara purata ia bersaiz sekitar 1935Kb untuk sesuatu halaman web.


Sitepoint yang mengeluarkan data ini turut menekankan yang mana ia turut memberikan kesan negatif kepada pemilik web berkenaan, kerana ia akan memberikan kesan kepada ranking oleh Google, selain turut akan meningkatkan kos pelayan web berkenaan.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Saiz Purata Untuk Sesuatu Halaman Web Pada 2014 Meningkat 15% – Hampir 2MB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info